Lelaki hina Islam, Nabi Muhammad direman empat hari

Lelaki hina Islam, Nabi Muhammad direman empat hari

Suspek yang didakwa menghina Islam dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Krai, Kelantan untuk mendapatkan perintah reman hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI : Seorang lelaki yang dipercayai menghina agama Islam dan Nabi Muhammad melalui satu klip video yang dibuat menerusi satu hantaran di akaun Facebook semalam, direman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga Jumaat ini dikeluarkan oleh Majistret Amal Razim Alias di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek yang berusia 35 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 dan 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Menurutnya, lelaki itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kosmo! Online semalam melaporkan, polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menghina agama Islam dan Nabi Muhammad melalui satu klip video berdurasi empat minit 14 saat yang dibuat menerusi satu hantaran di akaun Facebook.

Suspek dicekup kira-kira pukul 11.30 pagi semalam di sebuah rumah di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong selepas video tersebut tular di media sosial.

Muhamad Zaki berkata, hasil soal siasat, suspek mengaku memuat naik video yang menyebut perkataan yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad.

Menurutnya, ujian saringan air kencing terhadap suspek yang tidak bekerja itu mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN