Lelaki ditahan menunggang motosikal hilang di Bentong - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan menunggang motosikal hilang di Bentong

LELAKI berusia 19 tahun ditahan menunggang motosikal yang dilaporkan hilang pada 20 Julai lalu di bandar Bentong di Bentong, Pahang. - FOTO IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun kerana disyaki menunggang motosikal yang dilaporkan hilang pada 20 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, suspek yang masih menganggur itu ditahan dalam operasi pemeriksaan di bandar ini pada pukul 11 pagi, Khamis lalu.

“Hasil pemeriksaan, suspek menunggang motosikal dilaporkan hilang pada 20 Julai lalu yang diletakkan di hadapan sebuah restoran di bandar ini.

“Suspek ditahan polis dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini untuk siasatan lanjut, manakala kes kehilangan ini berjaya diselesaikan oleh polis dalam tempoh kurang 24 jam selepas dilaporkan pemiliknya.

“Suspek disiasat di bawah Seksyen 379A Akta Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun dan juga boleh didenda,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zaiham meminta orang ramai berwaspada serta berhati-hati dengan suasana persekitaran khususnya menjaga kenderaan dan motosikal masing-masing daripada berlaku kejadian kecurian.

Katanya, IPD Bentong menghargai kerjasama orang ramai dan terus menyalurkan maklumat sebarang kegiatan kecurian dan jenayah menerusi talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN