Lebih 1,000 langganan industri untuk Tarif Elektrik Hijau - Utusan Malaysia

Lebih 1,000 langganan industri untuk Tarif Elektrik Hijau

MEGAT Jalaluddin Megat Hassan (dua kanan) menyampaikan sijil GET kepada pihak Thong Guan Industries Berhad di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Lebih 1,000 syarikat industri di negara ini telah melanggan Tarif Elektrik Hijau (GET) sejak program itu diperkenalkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) pada Disember lalu.

Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, menerusi program itu, pengguna boleh memilih untuk beralih kepada penggunaan bekalan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB) yang dijana daripada sumber loji jana kuasa solar dan hidro yang sedang beroperasi.

Beliau berkata, sebanyak 4,500 GigaWatt jam kuota tenaga elektrik tahunan yang ditawarkan bagi program itu telah dilanggan sepenuhnya sejak Mac lalu.

Katanya, majoriti yang melanggan GET adalah pihak industri yang meliputi kira-kira 61 peratus diikuti oleh 38 peratus pelanggan komersial dan bakinya adalah pelanggan kediaman.

“Program ini sememangnya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak terutamanya industri yang berhasrat mengurangkan jejak karbon.

“Pelanggan juga akan mendapat sijil yang mengesahkan bahawa bekalan itu adalah daripada sumber TBB menerusi Malaysia Renewable Energy Certificates (MREC) yang berdaftar dengan badan pensijilan antarabangsa.

“Kita harap akan dapat lebih banyak sumber tenaga daripada solar dan hidro pada masa depan dan kita akan tawarkan kepada pelanggan yang berminat dan berharap lebih banyak pihak industri dan syarikat akan beralih kepada GET nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan Sijil GET oleh TNB kepada Syarikat Thong Guan Industries Berhad di sini semalam.

Menurut beliau, syarikat berkenaan merupakan antara pembeli terbesar GET di negeri ini dan merupakan antara 10 yang terbesar di seluruh negara.

“Syarikat ini telah melanggan sebanyak 116,520 MegaWatt jam selama setahun. Menerusi langganan ini, sebanyak lebih 70,000 tan pelepasan karbon berjaya diimbangi, jadi atas komitmen yang ditunjukkan syarikat, kita serahkan sijil secara rasmi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya