KPM akan tentukan SOP jika influenza merebak - Utusan Malaysia

KPM akan tentukan SOP jika influenza merebak

NOOR Azmi Ghazali dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Kualiti dan Kajian Pegawai Dietetik ketiga di Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menentukan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu di sekolah dan institusi pendidikan jika  berlaku penularan penyakit baharu termasuk influenza (ILI).

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, apabila melibatkan SOP, pastinya KPM yang akan menentukan kerana kementerian itu mempunyai SOP sendiri. 

Menurut beliau, semua pihak perlu mematuhi tatacara asas termasuk tidak ke sekolah atau ke institusi pendidikan sekiranya disahkan dijangkiti influenza.

“Pada asasnya kita tahu kalau sesiapa yang mengalami influenza atau penyakit seperti ILI, duduk di rumahlah.

 “Jangan pergi sekolah dan tabika maka apabila ditanya mengenai SOP khas untuk KPM, mungkin KPM boleh terangkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Kualiti dan Kajian Pegawai Dietetik ketiga di kementeriannya, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menegaskan bahawa pihaknya bersedia mengaktifkan pelan kontigensi kesihatan susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dan ILI di negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya perlu mendapatkan nasihat Kementerian Kesihatan terlebih dahulu sebelum melaksanakan pelan itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes ILI membabitkan kes Covid-19 di seluruh negara menunjukkan peningkatan 8.5 peratus kepada 11.5 peratus berbanding 10.6 peratus sebelumnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya