Koperasi diharap berdiri sendiri- Agong

Koperasi diharap berdiri sendiri- Agong

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan titah ucapan diiringi oleh Noh Omar (kiri) dan Suriani Ahmad pada Majlis Santapan Malam sempena Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi di sebuah hotel di ibu negara -UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan gerakan koperasi untuk berdiri sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaaan.

Baginda bertitah, ini berikutan kadangkala kerajaan sibuk.

“(Pada masa sama), kita perlu beri panduan kepada krajaaan cara majukan ahli dan msyarakat setempat untuk kepentingan bersama khususnya kepentingan negara seperti yang diperlukan hari ini.

“Kita tahu kita hadapi pelbagai cabaran setelah melalui perang besar iaitu Covid-19 sepanjang dua tiga tahun ini (dan) baru saja bangkit ada perang (konflik) Rusia-Ukraine, (jadi) ini sedikit sebanyak menghampakan momentum untuk kita bangkit semula.

“Namun, ini satu masalah yang kita hadapi perlu ditangani semua sebagai satu keluarga supaya kita dapat keluar daripada kemelut dihadapi,” titah baginda, malam tadi.

Baginda bertitah demikian  pada  Majlis Santapan Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi  di sebuah hotel, di sini.

Yang turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi , Tan Sri Noh Omar dan Ketua Setiausaha kementerian berkenaan Datuk Suriani Ahmad.

Mengulas lanjut, Baginda bertitah, tempoh 100 tahun gerakan koperasi itu merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan.

Namun baginda berharap aset gerakan koperasi yang menjangkau puluhan juta bilion dapat diurus tadbir dengan sebaik mungkin kerana ia satu angka yang besar.

“Setiap ahli harus berintegriti dan amanah supaya tidak lalai dalam urus tadbir demi kepentingan ahli sedia ada.

“Saya harap ini adalah satu amanah yang besar dan jadikan koperasi ini satu koperasi yang boleh memberi faedah kepada tujuh juta ahli sedia ada,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda juga berharap perkembangan gerakan koperasi sepanjang 1922 sehingga kini dapat terus dipertingkatkan.

Titah baginda, walaupun bilangan ahli sudah menjangkau tujuh juta, saya percaya ada perancangan menambah ahli daripada kalangan murid sekolah dan ahli masjid.

“Saya begitu bangga (dengan) keahlian (koperasi) masjid, (namun) juga perlu diberi pendidikan lebih kerana kadangkala mereka tidak tampil kehadapan atas sebab-sebab tertentu. Kadangkala berada di luar sana mungkin tidak dapat pendedahan sewajarnya.

“Kepimpinan koperasi perlu pergi ke peringkat mukim-mukim dan kampung supaya dapat memberi taklimat dan tarik anak muda di kampung,” jelas baginda.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya