TEMERLOH: Sebanyak 30 peratus atau 5,265 daripada 17,550 kontraktor utama daripada kelas G5 hingga G7 di seluruh negara berisiko ‘gulung tikar’ kerana tidak menerima projek sejak tiga hingga lima tahun lalu. Keadaan itu berlaku ekoran pandemik Covid-19, ekonomi yang tidak menentu, kenaikan kos bahan binaan serta kekurangan buruh. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Abd. Gapar Lambak berkata, ketika ini, banyak syarikat tidak berupaya bersaing…










