Keterangan bekas senator diambil Bukit Aman  

Keterangan bekas senator diambil Bukit Aman  

 SITI AISHAH SHAIK ISMAIL 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas senator, Siti Aishah Shaik Ismail akan memberi keterangan kepada polis berhubung klip video beliau yang didakwa mengkritik isu berkaitan pemansuhan subsidi.

Namun, mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Siti Aishah berkata, pihaknya meminta sesi itu ditangguhkan hingga selepas sambutan Aidiladha, minggu depan dan ia dipersetujui polis.

Katanya, beliau dihubungi seorang pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, melalui satu hantaran mesej dalam akaun Facebooknya, minggu lalu.

Kata beliau, hantaran itu kemudiannya dirujuk kepada peguam untuk pengesahan.

“Disahkan memang benar saya diminta hadir ke Bukit Aman untuk dirakam keterangan, Isnin ini (esok). Tarikh baharu belum ditetapkan lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Siti Aishah berkata, beliau bersedia memberi keterangan yang diperlukan  polis dan tidak takut berdepan sebarang tekanan.

Media sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil keterangan Siti Aishah, 39, di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, Perak, 27 Jun lalu, berhubung video tular melalui TikTok didakwa mengenai isu penghapusan subsidi, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pegawai SKMM mengambil keterangan Siti Aishah bagi membantu siasatan. Difahamkan siasatan terhadapnya dibuat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN