Kereta hilang di Genting Highlands, jumpa di Putrajaya

Kereta hilang di Genting Highlands, jumpa di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG:  Polis menemukan semula sebuah kereta jenis Honda Civic Type R yang dilaporkan hilang di Genting Higlands, Pahang pada 16 Julai lalu. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Md. Noor Aehawan Mohammad berkata, kereta berkenaan ditemukan di tempat letak kereta sebuah kondominium di Putrajaya pada 19 Jun lalu. 

Beliau berkata, kereta berkenaan ditemukan dalam keadaan baik oleh sepasukan anggota daripada Balai Polis Dato’ Abu Bakar Baginda. 

“Bagaimanapun, pencuri sudah menukar warna asal kereta daripada putih ke biru muda, manakala nombor pendaftaran pula ditukar kepada nombor pendaftaran lain. 

“Pengecaman kereta dibuat oleh pemilik kenderaan bersama pegawai penyiasat dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Genting Highlands. Malah pemeriksaan turut dijalankan dengan menggunakan kunci asal kenderaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, pihaknya turut menemukan aksesori asal kenderaan berkenaan iaitu ekzos dan spoiler di dalam bonet kenderaan manakala rim asal telah ditukar kepada rim lain. 

Md. Noor Aehawan berkata, kereta berkenaan sudah dirampas oleh anggotanya sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat jenayah IPD Genting Highlands untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN