Kereta guru tuisyen terbakar angkara ah long

Kereta guru tuisyen dibakar ah long

SEBUAH kereta milik seorang guru tuisyen terbakar dipercayai angkara perbuatan ah long dalam kejadian di Taman Baiduri, Seremban, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang guru tuisyen trauma apabila kereta miliknya terbakar di bahagian belakang dipercayai perbuatan ah long) dalam kejadian di Taman Baiduri, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 4.16 pagi itu hanya disedari oleh mangsa, Lee Mei Ching, 54, selepas terdengar bunyi hon kereta dan loceng rumahnya ditekan beberapa kali. 

Menurut Mei Ching, ketika kejadian dia dan suami serta anak lelaki berusia 25 tahun sedang tidur.

“Saya terjaga selepas terdengar bunyi hon kereta dan loceng rumah ditekan beberapa kali.

“Apabila saya tengok di luar, kereta Perodua Myvi saya yang diletakkan dalam garaj sedang terbakar pada bahagian belakang (bumper) sebelum berjaya dipadamkan,” katanya hari ini.

Mei Ching berkata, apabila diperiksa terdapat serpihan plastik yang dibakar ditinggalkan di atas bumbung keretanya itu.

“Terdapat juga nota yang tertera nama ‘Ong Teck Xiang’ berserta alamat rumahnya.

“Dalam nota itu turut meminta menghubungi nombor WhatsApp Simon. Saya tak kenal dia siapa dan rasanya ada orang yang menggunakan identiti dan alamat rumah saya untuk meminjam wang,” katanya.

Jelas Mei Ching, secara peribadi dia tidak pernah meminjam wang dengan sesiapa atau mempunyai perselisihan faham dengan mana-mana individu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Muhammad Izzudin Runggai ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan siasatan masih dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN