Kasih sayang lagi kuat bila ada Musa - Noh Salleh - Utusan Malaysia

Kasih sayang lagi kuat bila ada Musa – Noh Salleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bila berbicara soal cahaya mata, setiap yang bergelar ibu dan bapa pasti ingin melihat anak membesar dengan kehidupan yang terbaik.

Ditatang bagai minyak yang penuh, kehadiran zuriat pastinya memberi makna yang cukup besar bagi setiap pasangan.

Sama seperti pasangan selebriti popular ini, Noh Salleh dan Mizz Nina, kehadiran cahaya mata angkat bernama Musa cukup memberi makna buat mereka.

Malah, Noh sebagai seorang bapa mula menyedari dan merasai perkara tersebut iaitu kasih terhadap Musa sangat berbeza selepas kehadirannya.

“Badan dia sudah semangat. Saya dan Nina setiap pagi memang kena bawa Musa pusing taman. Alhamdulillah, dia sihat.

“Bila cakap soal anak adalah perkataan cinta dan kasih sayang. Jika sudah mempunyai anak, rupanya ada rasa sayang itu yang berbeza tahap. Tahap di langit.

“Malah, bila sudah ada cahaya mata, kasih sayang itu lagi kuat. Saya baru sedar perkara itu,” katanya.

Penyanyi lagu Angin Kencang itu kini sedang memanfaatkan masa untuk diluangkan bersama keluarga kecilnya terutama dengan cahaya mata kesayangannya itu yang kini sudah mencecah tujuh bulan.

“Sekarang ini saya lebih fokus kepada kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali akan membawa Musa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

“Perkara yang membimbangkan kami adalah kesihatannya terutama dalam situasi Covid-19 yang masih ada,” kongsinya.

PRIVASI

Penyanyi asal Sarawak ini memaklumkan dia lebih selesa untuk tidak terbuka mengenai kisah peribadinya kepada umum.

Katanya, tujuan dirinya berada dalam industri adalah untuk menonjolkan karya seninya, bukan tentang peribadi.

“Apa yang berlaku dalam hal peribadi, itu adalah urusan saya.

“Saya keluar untuk menonjolkan karya seni. Bukan saya menjual perkara peribadi tentang hidup,” tuturnya ringkas.

3 GENERASI
Buat julung kalinya tiga pemuzik tanah air dari tiga generasi berbeza disatukan di atas sebuah pentas menerusi konsert 3 Generasi, yang dibawa khas oleh penganjur terkenal, YOLO Malaysia.

Konsert tersebut membariskan nama-nama besar industri muzik Malaysia seperti Noh Salleh, kumpulan Spider dan band bertaraf legenda, XPDC.

Bertempat di dewan konsert serba moden, Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang pada 27 Ogos 2022, acara tersebut akan menampilkan persembahan bertenaga.

Konsert itu juga lebih memfokuskan untuk ‘kaki rock’ yang sudah lama mendambakan persembahan secara langsung dari artis serta band kegemaran mereka selain berpeluang mendekati bintang-bintang rock kesayangan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya