Jangan tunduk desakan AS

Jangan tunduk desakan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan dituntut tidak tunduk kepada desakan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan isu pemerdagangan manusia sebagai modal mengugut kerajaan sehingga terpaksa akur dengan kehendak geopolitik mereka.

Sumber pihak Rusia memberitahu Mingguan Malaysia, pihaknya memantau secara dekat isu dibangkitkan dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (DOS) Mengenai Pemerdagangan Orang (US Tip Report) 2022.

Dalam laporan tersebut yang disiarkan Rabu lalu, DOS melaporkan Malaysia kekal berada pada tahap tiga (Tier 3), malah mendakwa kerajaan gagal mencapai piawaian minimum terhadap usaha menghapuskan pemerdagangan manusia.

Mengulas perkara tersebut, sumber mendakwa, AS menggunakan isu pemerdagangan manusia malah hak asasi membabitkan pelarian, sebagai mekanisme untuk memberi tekanan ke atas banyak negara termasuk Malaysia, mengugut untuk menarik keluar pelaburan dari negara sasaran.

“Mereka sentiasa membangkitkan isu pemerdagangan manusia dan buruh kanak-kanak serta pelarian. Contoh terdekat boleh dilihat dalam isu Top Glove sebelum ini, yang mana jelas AS sedang memeras ugut pihak berkuasa Malaysia.

“Desakan itu ada motif geopolitik, mereka mendesak Malaysia untuk merenggangkan hubungan dengan Russia, China dan beberapa negara lain yang tidak disenangi AS.

“Jika desakan tersebut tidak dipatuhi, maka mereka mengancam untuk membangkitkan isu buruh kanak-kanak, isu pemerdagangan manusia serta isu pelarian dalam Kongres. Mereka juga mengugut supaya syarikat-syarikat Barat berhenti melabur ke negara sasaran susulan isu sebegini,” katanya di sini semalam.

HAMZAH ZAINUDDIN

Laporan AS itu turut menarik perhatian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang berkata Khamis lalu, penilaian DOS terhadap Malaysia dibuat secara subjektif dan pelbagai persepsi.

Hamzah menyifatkan laporan itu dipengaruhi tindakan segelintir majikan yang terbabit dalam persekitaran eksploitasi kerja seperti penderaan, menahan pasport, bekerja secara haram, tidak membayar gaji dan tidak menyediakan penginapan sesuai. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya