Jakim rayu MOF kemudahan cuti bersalin guru KAFA

Jakim rayu MOF kemudahan cuti bersalin guru KAFA

HAKIMAH MOHD YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan merayu kepada Kementerian Kewangan (MOF) berhubung arahan penangguhan kemudahan cuti bersalin berelaun penuh kepada guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) wanita. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, rayuan itu penting bagi  menjustifikasikan langkah yang dibuat untuk pertimbangan semula MOF. 

Beliau berkata, pada 20 Julai lalu, Jakim bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mengadakan pertemuan bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah bagi membincangkan isu kebajikan bagi guru dan Penyelia KAFA. 

“Ingin ditegaskan bahawa Jakim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa berbincang dan mencari jalan bagi membela dan menjaga kebajikan semua pihak yang berada di bawah kawal selia Jakim termasuk guru KAFA,” katanya dalam kenyataan semalam.

MOF pada 6 Julai lalu mengeluarkan pandangan bahawa pelaksanaan kemudahan bersalin tersebut adalah tidak sesuai buat masa ini kerana kedudukan status perjawatan guru KAFA.

Justeru, Jakim mengeluarkan arahan penangguhan kemudahan cuti bersalin berelaun penuh kepada guru KAFA wanita pada 21 Julai lalu. 

Sebelum ini, Jakim mengeluarkan Peraturan-peraturan Pelaksanaan Program KAFA Baharu Tahun 2022 untuk diguna pakai semua Agensi Pelaksana KAFA bermula Januari tahun ini.

Antara perkara baharu yang dimasukkan dalam peraturan tersebut ialah Kemudahan Cuti Bersalin Berelaun Penuh yang diberikan kepada guru KAFA wanita sekali dalam tempoh kontrak yang sebelum ini tidak pernah diberikan.

Keputusan ini dibuat sebagai salah satu usaha dan inisiatif Jakim dalam menjaga kebajikan golongan guru KAFA wanita yang bersalin. –utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya