SHAH ALAM: Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak terlepas daripada dipergunakan scammer untuk menipu mangsa-mangsa menerusi aplikasi Telegram. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu berkata, beliau mengetahui perkara itu apabila dihubungi beberapa individu dan kenalan berhubung perkara tersebut. “Saya akan buat laporan polis berhubung perkara ini. Harap orang ramai tidak terpedaya dengan individu atau pihak yang guna nombor (identiti) saya dalam Telegram itu untuk minta pinjam duit,” katanya. Terdahulu, wartawan Utusan Malaysia turut menjadi salah seorang individu dihubungi ‘Menteri Undang-Undang’ yang ingin meminjam duit RM3,000…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya