Henti segera projek Musang King di Gunung Inas

Henti segera projek Musang King di Gunung Inas

KEADAAN jalan mini tar yang rosak dan berubah wajah dalam kejadian banjir kilat dan kepala air selepas hujan lebat di Kampung Iboi, Kupang, Kedah. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Semua urusan berkaitan projek ladang durian Musang King di Gunung Inas perlu dihentikan serta-merta bagi memberi ruang kepada pihak berwajib menjalankan siasatan secara telus mengenai kaitan projek tersebut dengan kepala air serta banjir di Baling, kelmarin.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, perkara itu perlu dilaksanakan bagi menentukan langkah seterusnya yang perlu diambil demi keselamatan rakyat di situ.

Beliau berkata, pihaknya percaya tragedi yang meragut tiga nyawa itu mampu dielakkan sekiranya pandangan daripada semua pihak diambil kira sebelum projek ladang durian tersebut dilaksanakan.

“Siasatan yang telus mesti dilakukan tentang bagaimana projek ini boleh diluluskan di Hutan Simpan Gunung Inas dan pokok durian juga bukanlah spesies yang disenaraikan sebagai pokok hutan.

“Sebelum projek itu dilaksanakan, adakah pandangan Jabatan Alam Sekitar (JAS), penduduk tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diambil kira,” soalnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya