PETALING JAYA: Seluruh negara panik ekoran gangguan elektrik yang tiba-tiba terjadi sekitar 12.45 tengah hari sehingga menjejaskan operasi pejabat.
Gangguan itu juga berlaku di Lembah Klang apabila kawasan tumpuan seperti KLCC juga terkesan dengan bekalan elektrik lebih 20 minit.
Malah keadaan itu berlaku di beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Sehingga kini, TNB masih belum mengeluarkan kenyataaan berhubung gangguan itu. – UTUSAN










