Gangguan elektrik: KLIA turut terjejas - Utusan Malaysia

Gangguan elektrik: KLIA turut terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bangunan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut mengalami gangguan bekalan elektrik ketika ini.

Malaysia Airports dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya memaklumkan, pasukan kejuruteraan mereka sedang berhubung rapat dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“(Para penumpang yang terkesan) boleh mendapatkan bantuan daripada pasukan kami di lapangan.

“Sementara itu, kami berharap semua dapat kekal tenang dan sabar. Kami amat menghargai kerjasama diberikan,” katanya hari ini sebagai memo nasihat perjalanan.

Kebanyakan tempat di sekitar Lembah Klang pada ketika ini mengalami gangguan bekalan elektrik yang tiba-tiba terjadi sekitar 12.45 tengah hari sehingga menjejaskan operasi pejabat.

Malah keadaan itu berlaku di beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Sehingga kini, TNB masih belum mengeluarkan kenyataaan berhubung gangguan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN