Dua lelaki seludup diesel guna lori diberkas - Utusan Malaysia

Dua lelaki seludup diesel guna lori diberkas

ANGGOTA Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan (kanan) bersama polis memeriksa lori yang digunakan untuk menyelup selepas ditahan dalam serbuan di ladang kelapa sawit Kampung Rahmat Lubuk Setol, Rantau Panjang, Kelantan hari ini. -UTUSAN/KPDNHEP KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Taktik dua lelaki menggunakan lori untuk menyeludup diesel ke negara jiran gagal selepas dicekup anggota penguat kuasa dalam serbuan di ladang kelapa sawit Kampung  Rahmat Lubuk Setol, di sini hari ini.

Serbuan pukul 1 pagi dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan bersama Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan dan Pasukan Polis Marin (PPM) Tiga Pengkalan Kubor selepas menerima maklumat risikan berkait aktiviti penyeludupan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, Aswadi  Jaafar berkata, anggota bertugas kemudian mengesan pergerakan sebuah kenderaan yang mencurigakan sedang membuat pengisian minyak diesel secara berulang di dua buah stesen minyak di Jeli dan Tanah Merah.

Menurutnya, anggota bertugas mengekori kenderaan tersebut dan kemudian membuat serbuan di kawasan ladang kelapa sawit.

“Pemeriksaan lanjut ke atas lori itu menjumpai 450 liter minyak diesel di dalam tangki yang dipercayai diubah suai.

“Selain itu, kita turut menahan dua lelaki tempatan berumur 30-an dan 40-an dalam serbuan tersebut. Hasil soal siasat kedua-dua suspek mengaku telah membuat pembelian pengisian minyak diesel berjumlah RM 600,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aswadi memberitahu, KPDNHEP Kelantan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya