Dua beranak ditahan di CIQ LinKedua

Dua beranak ditahan di CIQ LinKedua

WANITA dan anak lelakinya ditahan polis di CIQ, LinKedua, Johor Bahru, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Dua beranak yang terlibat dalam kes khianat berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) ditahan di Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, semalam.

Seorang wanita berusia 46 tahun dan anak lelakinya yang berusia 18 tahun itu ditahan pada pukul 9.15 malam di Pos Pemeriksaan Kastam laluan masuk Singapura ke Malaysia.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, wanita itu merupakan warga negara Malaysia yang mempunyai pemastautin tetap (PR) Singapura selama 25 tahun, manakala anaknya adalah warga negara republik itu. 

“Ketika siasatan awal dijalankan, kedua-dua suspek mengaku terlibat dengan kes khianat berhampiran CIQ LinKedua pada minggu lalu.

“Suspek dipercayai tidak berpuas hati kerana kenderaannya telah dihalang serta bergesel semasa kejadian,” katanya hari ini.

Pada minggu lalu, tular video memaparkan insiden melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Toyota Alphard dan sebuah kereta jenis Kia.

Mangsa yang menaiki kereta jenis Toyota Alphard mengubah laluan ke kanan dan telah bergesel dengan kereta yang dinaiki dua beranak berkenaan.

Suspek remaja lelaki bertindak menjerit kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah, manakala ibunya bertindak mencabut nombor pendaftaran dan mencampakkannya ke arah cermin hadapan kereta mangsa.

Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari Forest City ke Singapura dan perbuatan suspek itu menyebabkan hanya terdapat sedikit kerosakan pada kereta mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN