Cuci perut lembu korban, jumpa mayat reput

Cuci perut lembu korban, jumpa mayat reput

ANGGOTA polis mengangkat mayat yang ditemukan dalam keadaan terapung di sungai Lubuk Kawah, Pulau Teluk Rejuna, Palekbang, Tumpat, Kelantan. - IHSAN PENDUDUK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Penduduk di Kampung Lubuk Kawah, Pulau Teluk Rejuna, Palekbang, di sini, yang sedang mencuci perut lembu korban di kawasan sungai tersebut dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung, semalam.

Mayat yang keseluruhannya mula mereput itu ditemukan pada pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, hasil pemeriksaan polis ke atas mayat berkenaan tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri.

“Hasil bedah siasat mendapati mayat lelaki itu sudah reput dan ada bahagian badan mangsa dimakan haiwan selain sudah meninggal dunia dalam tempoh 36 jam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Amran memberitahu, punca kematian mangsa belum dapat dikenal pasti kerana keadaan mayat sudah reput. 

Katanya, selain itu Ibu pejabat Polis Daerah Tumpat juga tidak menerima sebarang laporan orang hilang dalam tempoh terdekat.

“Sampel yang diterima dari hospital akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis,” ujarnya.

Sementara itu, seorang penduduk Pulau Teluk Rejuna yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah,50, ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, penemuan mayat mangsa disedari oleh seorang penduduk kampung ketika membasuh bahagian perut lembu korban pagi semalam.

Menurut wanita itu, penduduk berkenaan melihat satu objek terapung di tepi sungai berkenaan sebelum menghubungi rakannya.

“Ketika itu, penduduk sedang sibuk menjalani ibadah korban yang dilakukan tidak jauh dari sungai tersebut. Selepas mendapati objek yang ditemukan itu adalah mayat manusia, salah seorang penduduk terus menghubungi polis,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.