China jamin tingkat kerjasama dua hala dengan Malaysia

China jamin tingkat kerjasama dua hala dengan Malaysia

ISMAIL Sabri Yaakob (kanan) berjabat tangan dengan Wang Yi dalam pertemuan selama sejam di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Republik Rakyat China  memberi jaminan terus meningkatkan kerjasama dua hala dengan Malaysia terutama dalam menangani isu inflasi global dan keselamatan makanan.

Perkara itu dinyatakan Menteri Luar Negeri republik berkenaan, Wang Yi merangkap Penasihat Negara dalam pertemuan selama sejam dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di ibu negara hari ini.

Pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu antara lain membincangkan mengenai hubungan dua hala dan kepentingan dalam membangunkan ekonomi digital.

Ismail Sabri berkata, kunjungan Wang Yi adalah langkah positif ke arah meningkatkan hubungan Malaysia-China.

Di samping itu, beliau menyarankan agar China memainkan peranan penting bagi memastikan keamanan dunia dikekalkan.  

“Saya menyuarakan pandangan bahawa setiap konflik yang berlaku wajar diselesaikan di meja rundingan dan bukan melalui peperangan.

“Saya turut menyampaikan ucap selamat kepada Presiden Xi Jinping dan Premier Li Keqiang,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Wang Yi mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia mulai hari ini dan kunjungan itu sekali gus mengukuhkan lagi hubungan Malaysia dan China sejak menjalin kerjasama Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2013.

Dalam pertemuan itu, Ismail Sabri turut menyatakan hasrat  mengadakan lawatan rasmi ke China dalam masa terdekat dan melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden serta Premier.

Sementara itu, beliau mengalu-alukan minat lebih banyak delegasi rasmi dan perniagaan dari China seperti Huawei untuk terlibat sama dalam inisiatif kerajaan.

Terdahulu, menurutnya, kerajaan China turut menyatakan penghargaan kepada  Malaysia atas peluang yang diberikan kepada syarikat-syarikat infrastruktur negara berkenaan untuk terlibat sama dalam projek pembangunan seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya