Bunuh suami: Rakan si isteri pula ditahan  - Utusan Malaysia

Bunuh suami: Rakan si isteri pula ditahan 

RAUB SELAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lagi individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang wanita  disyaki memukul suaminya sampai mati dalam kejadian di Flat Nipah, Taman Daya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan di kawasan Majidee kira-kira pukul 10 malam tadi.

Beliau berkata, individu tersebut adalah rakan kepada isteri mangsa.

“Ujian saringan air kencing ke atas lelaki berusia 52 tahun itu, dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Lelaki itu  juga mempunyai lima rekod lampau, iaitu dua kes berkaitan dadah, dua kes jenayah dan satu kes jenayah komersial,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian lelaki itu dan isteri mangsa berada di bawah pengaruh dadah.

Semalam,akhbar melaporkan seorang lelaki ditemukan maut dipercayai akibat dipukul isterinya sebelum polis kemudian menahan ibu kepada dua anak.

Mangsa ditemukan maut terbaring di dalam rumah dengan anak sulung suspek merupakan saksi kejadian tersebut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN