Bersatu Terengganu kesal pekerja KHSB ditamatkan kontrak

Bersatu Terengganu kesal pekerja KHSB ditamatkan kontrak

SEBAHAGIAN daripada bekas pekerja KHSB yang ditamatkan perkhidmatan bergambar di hadapan Jabatan Perhubungan Perusahaan Terengganu di Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu kesal dengan nasib 15 bekas pekerja anak syarikat Ketengah Holdings Sdn. Bhd. (KHSB) yang ditamatkan kontrak lebih awal daripada sepatutnya.

Ketua Penerangan Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Badrolhisham Mohd. Shafie berkata, pihaknya bimbang tindakan KHSB itu bermotifkan campur tangan politik.

Menururnya, penamatan kontrak itu turut dikenakan terhadap pimpinan tertinggi anak-anak syarikat KHSB secara terpilih sejak bulan lalu.

“Pengerusi-pengerusi serta Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat telah ditamatkan perkhidmatan dan tindakan ini dibuat sebaik Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri  Ahmad Said mengambil alih jawatan Pengerusi Ketengah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata, kenaikan harga sawit seharusnya membolehkan KHSB menjana pendapatan atau mengembangkan operasi serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan bukan sebaliknya.

“Badan Pimpinan Bersatu negeri berharap Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Besar Terengganu mengambil berat perkara ini bagi membela nasib pekerja yang terlibat,” ujarnya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan 15 bekas pekerja anak syarikat KHSB menuntut penjelasan punca mereka ditamatkan kontrak lebih awal daripada sepatutnya.

Mereka mendakwa notis penamatan kontrak itu diterima secara mengejut dan tanpa alasan yang kukuh sekaligus menjejaskan mata pencarian serta sukar mendapat pekerjaan baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya