SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) didakwa menjadi punca pimpinan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan dianggap gagal. Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, pemimpin PH sepatutnya agresif untuk memberi penjelasan kepada rakyat supaya perkara itu dapat membersihkan persepsi buruk terhadap PH. “Apa yang perlu PH lakukan adalah kejujuran. Kita perlu akui sekiranya ada kekurangan dalam kepimpinan PH dulu. PH sepatutnya lebih agresif untuk menerangkan kesilapan yang…










