Belia tidak pilih pekerjaan

Belia tidak pilih pekerjaan

Golongan belia di negara ini tidak terlalu cerewet memilih pekerjaan sebaliknya berharap gaji yang ditawarkan setimpal dengan beban kerja yang dilakukan. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Belia bersedia untuk menceburi sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) namun gaji dan manfaat yang ditawarkan tidak setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Perak, Aswannudin Hariffudin berkata, gaji yang dikatakan tinggi dalam sektor 3D adalah misguided dan realitinya tidak sepadan dengan kelulusan belia yang mempunyai sijil, diploma atau ijazah.

“Belia bukan memilih atau memandang rendah sektor pekerjaan 3D seperti perladangan dan pertanian tetapi gaji harus sepadan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi baru-baru ini.

“Ramai orang tempatan sanggup berhijrah ke Australia untuk bekerja sebagai pemetik buah walaupun ia merupakan pekerjaan yang biasa tetapi ditawarkan gaji yang tinggi,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kecewa kerana gaji yang ditawarkan majikan di negara ketika ini tidak setimpal dengan kelayakan dan kerja yang dilakukan oleh anak-anak tempatan.

Berdasarkan statistik portal cari kerja, MyFutureJobs yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia lingkungan gaji bagi kekosongan jawatan yang paling banyak ditawarkan di seluruh negara adalah RM1,200 hingga RM2,000 setakat Julai lalu. 

Aswannudin berkata, pada tahun 2017, seorang belia telah membuka ladang serai di Perak tetapi tidak mendapat sokongan daripada kerajaan negeri walaupun telah berjanji untuk memasarkan produk tersebut, ini menyebabkan projeknya terbengkalai.

“Majlis Belia Negeri Perak juga telah mengusahakan untuk mendapatkan sepuluh hektar tanah bagi belia melakukan pertanian pada tahun 2017 tetapi tidak diberi oleh kerajaan negeri seperti yang dijanjikan.

“Belia berminat menjadi pengusaha dan bukan makan gaji sahaja, lebih-lebih lagi gaji yang ditawarkan adalah bawah RM1500,” katanya.

“Memang dapat dilihat sektor ini mempunyai keuntungan yang tinggi namun manfaat bukan kepada peladang atau anak-anak muda yang terlibat tetapi kepada syarikat dan pemegang saham.

“Kerajaan harus membincangkan isu ini untuk mengurangkan marjin sedia ada kerana gaji peladang masih rendah dan ini menyebabkan golongan belia kurang berminat serta sektor ini kekurangan pekerja,” katanya.

 Aswannudin berkata, sektor 3D mempunyai peluang yang luas untuk terus membangun, oleh itu saya berharap kerajaan akan menyemak semula gaji, kebajikan dan manfaat yang ditawarkan. 

Presiden Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, sektor 3D mempunyai peluang yang baik dan gaji yang ditawarkan tinggi tetapi suasana kerja kurang menarik berbanding sektor lain. 

“Persepsi rakyat dan belia terhadap sektor ini adalah tidak begitu baik dan ramai tidak bersedia lagi untuk bekerja dalam sektor 3D disebabkan oleh imej. 

“Terdapat segelintir golongan yang berminat namun kurang dan ini menyebabkan kami perlu bergantung kepada pekerja asing,” katanya.

“MPOB tengah berusaha untuk mengubah persepsi rakyat dengan menawarkan kursus operasi mekanisme ladang dan memberi lesen serta bimbingan kepada yang berminat. 

“Sekarang kami banyak bergantung kepada penggunaan manual, pada masa akan datang kami akan memperbanyakkan kegunaan jentera yang akan meringankan beban kerja. 

“Saya berharap rakyat akan mengambil peluang dan cabaran untuk melibatkan diri serta memikirkan masa hadapan kerana untuk jangka masa yang panjang pekerjaan ini mempunyai banyak manfaat,” katanya. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya