Bakar remaja: Enam individu direman - Utusan Malaysia

Bakar remaja: Enam individu direman

SEORANG lelaki (kiri) yang disyaki membakar remaja berumur 15 tahun hingga melecur dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman untuk mendapatkan perintah reman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seramai enam individu yang disyaki membakar remaja lelaki berumur 15 tahun hingga melecur di Kampung Perasing Jaya, Jabor di sini direman semalam dan hari ini.

Perintah reman terhadap enam suspek tersebut termasuk seorang pada hari ini dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Mahkamah Majistret Kemaman, di sini.

Hari ini, seorang individu berusia 28 tahun tiba di Mahkamah Majistret Kemaman kira-kira pukul 8.30 pagi dengan diiringi polis sebelum dikeluarkan perintah reman  lima hari bermula hari ini.

Lima lagi individu berusia 18 hingga 25 tahun direman semalam sehingga Khamis ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, penganggur yang didapati positif dadah direman hari ini selepas ditahan polis, petang semalam. 

Utusan Online semalam melaporkan, lima individu ditahan selepas mereka disyaki membakar mangsa bersama beberapa individu lain kerana mendakwai mangsa mencuri duit RM100. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN