Angkara cemburu, suami cedera ditumbuk

Angkara cemburu, suami cedera ditumbuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH : Angkara cemburu, seorang suami cedera ditumbuk kontraktor yang didakwa cuba menggoda isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di stesen teksi, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa berusia 35 tahun, mengalami bengkak di bahagian pipi kanan selepas ditumbuk suspek.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, susulan kejadian itu, polis memanggil suspek yang berusia 42 tahun untuk keterangan berhubung insiden berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa yang bekerja sendiri dikatakan ke rumah suspek dan telah berlaku perselisihan faham menyebabkan dia  ditumbuk di pipi kanan.

“Mangsa menuduh suspek menggoda isterinya sedangkan lelaki itu (suspek) tidak mengaku berbuat demikian.

“Pada masa sama, suspek mengaku rapat dengan isteri mangsa kerana mempunyai hubungan sebagai sepupu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, hasil soal siasat mendapati suspek telah mengaku menumbuk mangsa sekali di bahagian pipi kanan.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya