Akhbar Utusan Malaysia, Kosmo! boleh dibeli melalui mesin layan diri - Utusan Malaysia

Akhbar Utusan Malaysia, Kosmo! boleh dibeli melalui mesin layan diri

SEORANG lelaki sedang mendapatkan akhbar Utusan Malaysia melalui mesin layan diri di KL Sentral, di sini hari ini. FARIZ RUSADIO / UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ATLAS Vending, pengendali mesin layan diri makanan dan minuman (F&B) terbesar di Malaysia dan Singapura bekerjasama dengan Media Mulia Sdn. Bhd., melaksanakan program perintis yang akan menyaksikan akhbar fizikal dijual melalui mesin layan diri di lokasi strategik di Lembah Klang, seperti hab pengangkutan KL Sentral dan stesen LRT Bangsar serta Ampang Park.

Usaha terbaharu bersama penerbit Kosmo! dan Utusan Malaysia itu menandakan satu lagi pencapaian ATLAS Vending dalam mengembangkan aplikasi mesin layan diri, dengan menjadi yang pertama di Malaysia menawarkan penjualan akhbar melaluinya. 

Melalui kerjasama perintis ini, mesin-mesin terbabit ditempatkan di laluan transit utama penduduk Lembah Klang yang akan menawarkan kemudahan kepada mereka yang berulang-alik ke tempat kerja menggunakan pengangkutan awam untuk mendapatkan bahan bacaan akhbar harian, tanpa perlu berkunjung ke gerai akhbar, kedai serbaneka ataupun stesen minyak.

Dengan mesin layan diri yang beroperasi 24 jam, para pengguna boleh mendapatkan naskhah dua akhbar harian popular ini lebih awal sebelum kedai-kedai dibuka. 

Sebagai tambahan, setiap pembelian naskhah Kosmo! atau Utusan Malaysia yang dijual melalui mesin layan diri ini akan didatangkan dengan dua sachet Kopi Segera WONDA secara percuma.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Amy Gan berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Media Mulia yang bukan sahaja memperluaskan rangkaian produk yang dijual melalui mesin layan diri tetapi juga menggalakkan semula amalan membaca surat khabar fizikal. 

“Selaras dengan janji ATLAS Vending untuk menyalurkan kegembiraan kepada masyarakat, kami berharap kemudahan baharu ini akan menceriakan lagi pagi para pengguna pengangkutan awam kerana lebih mudah dan cepat mendapatkan naskhah akhbar tanpa perlu beratur di kaunter sebaliknya menggunakan bayaran tanpa tunai melalui e-dompet, kad kredit atau debit. 

“Minum kopi sambil membaca akhbar adalah tabiat ramai rakyat Malaysia. Justeru, kami menawarkan Kopi Segera WONDA, iaitu kopi segera Arabica 100 peratus premium yang pertama di dunia untuk setiap naskhah akhbar yang dibeli bagi memberi kesegaran dan kegembiraan kepada pelanggan serta meningkatkan pengalaman membaca mereka.  

“Menawarkan rasa kopi yang halus dan seimbang dengan setiap tegukan, Kopi Segera Kelas Premium WONDA adalah produk kopi segera pertama jenama itu yang dihasilkan daripada biji kopi asli dari Brazil,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd., Mohamad Azlan Jaafar berkata, masih terdapat pasaran untuk akhbar fizikal walaupun pembaca beralih ke platform dalam talian. 

“Akhbar utama di seluruh dunia meneruskan edisi cetak mereka kerana bentuk fizikal akhbar itu mengukuhkan standard dan kualiti kewartawanan yang dikagumi untuk berabad. Kami akan terus menyokong standard yang sama sebagai organisasi media yang dipercayai.

“Media Mulia juga berbesar hati bekerjasama dengan syarikat inovatif seperti ATLAS Vending bagi memoden dan meningkatkan kemudahan pembelian akhbar kami Utusan Malaysia dan Kosmo!. Kami akan terus mencari titik sentuh baharu dalam pengedaran produk kami pada masa hadapan. 

“Kopi Segera WONDA yang turut disertakan dalam setiap pembelian melengkapkan ritual harian istimewa iaitu memegang senaskhah akhbar bersama secawan kopi yang enak di sisi anda,” ujarnya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kerjasama ini, layari laman Facebook ATLAS Vending di https://www.facebook.com/atlasasia.co/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya