AIM korban 10 ekor lembu

AIM korban 10 ekor lembu

MOHD. Ali Mohd. Rustam (kiri) menyampaikan agihan daging korban kepada salah seorang asnaf sambil diiringi Mohd. Najib Mohd. Noor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 10 ekor lembu disembelih pada Majlis Korban Perdana Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang diadakan di Masjid As Solihin Permatang Pasir, Melaka.

AIM dalam satu kenyataan memaklumkan, program yang mendapat kerjasama daripada ahli jawatan kuasa masjid itu adalah majlis korban perdana AIM yang pertama kalinya dibuat di luar Kuala Lumpur dan turut diadakan serentak di 11 Wilayah AIM di seluruh negara. 

Katanya, majlis dihadiri hampir 200 penduduk setempat dan warga kerja AIM dari ibu pejabat dan Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan itu turut disertai Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

“Proses sembelihan yang dibuat bermula pukul 10 malam diakhiri dengan kerja-kerja memotong, melapah, menimbang, membungkus dan mengagihkan daging korban di beberapa pusat agihan di sekitar Kampung Permatang Pasir.

“Majlis Korban Perdana AIM  yang diadakan setiap tahun ini, adalah sebagai sebahagian penghayatan pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim as. Ia juga adalah tanda kesyukuran AIM dan menunaikan tuntutan untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang asnaf yang layak menerimanya,” kata kenyataan itu.. 

Mohd. Ali yang tiba pada pukul 11 pagi berkesempatan mengagihkan daging korban sambil diiringi Timbalan Pengerusi AIM, Mohd. Najib Mohd. Noor dan Pengerusi Panel Syariah AIM yang juga Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil serta pengurusan kanan AIM. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN