Aidiladha: Laluan keluar lebuh raya utama sesak

Aidiladha: Laluan keluar lebuh raya utama sesak

Plaza Tol Gombak menuju ke Pantai Timur dijangka akan sesak mulai Jumaat ini sempena cuti Tahun Baharu Cina.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laluan keluar dari Lembah Klang menuju beberapa lebuh raya utama ke Pantai Timur dan utara masih tinggi dan berterusan sejak petang semalam hingga awal pagi ini berikutan orang ramai pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha. 

Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah Pantai Timur, kesesakan lebih 22 kilometer (km) dilaporkan berlaku dari Plaza Tol Gombak hingga ke Kilometer (KM) 42.2 laluan Gombak ke Bukit Tinggi.

Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd. Radzi berkata, setakat pukul 9.27 pagi tadi kesesakan 2.1 km turut dilaporkan berlaku di KM 42.6 hingga KM 44.7 laluan Bukit Tinggi ke Lentang.

Jelas beliau, kesesakan kenderaan bercantum sebelum masuk ke plaza tol sehingga keluar plaza tol (Plaza Tol Gombak) dengan kesesakan lebih 600 meter dilaporkan berlaku di laluan arah masuk ke plaza to

“Selain itu, kesesakan kira-kira 1.5 km turut dikesan di KM 49.1 hingga KM 5.06 laluan Lentang ke Bentong dan di KM 61.6 hingga KM 62.9 di Bentong.

“Kesesakan turut dilaporkan berlaku di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) dengan kesesakan kenderaan sepanjang lebih 600 meter sebelum masuk ke Plaza Tol Karak,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Radzimah, aliran trafik ke Pantai Timur mulai meningkat sejak petang semalam dan berlarutan hingga ke malam tadi seterusnya sehingga awal pagi ini.

“Selain itu, kesesakan sepanjang 2.6 km turut dilaporkan berlaku di KM 117.5 hingga ke KM 120.3 dari Lanchang ke Temerloh.

“Untuk tempoh 24 jam bermula pukul 6 pagi semalam hingga pukul 6 pagi ini, sebanyak 131,522 kenderaan direkodkan masuk ke KLK arah Pantai Timur dan dalam tempoh tiga jam dari pukul 6 pagi tadi hingga pukul 9 pagi ini, sudah mencecah 15,733 kenderaan,” katanya.

Sementara itu, di Lebuhraya Utara Selatan, pengguna lebuh raya juga perlu menjangkakan kelewatan perjalanan berikutan aliran trafik tinggi dengan kesesakan dilaporkan berlaku di beberapa lokasi rangkaian lebuh raya itu.

Menerusi ciapan di Twitter @plustrafik, kesesakan sepanjang lebih tujuh km dilaporkan berlaku di laluan arah utara dari Ipoh Utara ke Kuala Kangsar akibat sebuah bas rosak menyebabkan lorong kiri terhalang.

Setakat pukul 9 pagi tadi, aliran trafik juga dilaporkan perlahan dari Bukit Beruntung ke Bukit Tagar.

Bagi laluan arah ke selatan pula, @plustrafik melaporkan beberapa lokasi turut mengalami aliran trafik perlahan termasuk dari Putra Mahkota ke Nilai, Putra Mahkota ke Bandar Ainsdale dan dari Bandar Serenia ke Bandar Ainsdale. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya