40 hektar sawah tenggelam, pesawah rugi RM100,000 - Utusan Malaysia

40 hektar sawah tenggelam, pesawah rugi RM100,000

ABU Bakar Ismail (kiri) dan rakannya, Yahya Hassan menunjukkan kawasan sawah yang ditenggelami air di Kampung Alor Berala, Mukim Tobiar di Pendang. – UTUSAN/MOHD. RIFAAT ABD. HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Pesawah di empat bu­ah kampung di sini mendakwa mengalami kerugian lebih RM100,000 selepas sawah me­­re­ka ditenggelami banjir ber­punca air dari dua sungai berdekatan yang melimpah.

Sawah-sawah yang terjejas ialah di Kampung Alor Berala, Kampung Sungai Mati, Kampung Titi Kera dan Kampung Banggol Keling yang semuanya membabitkan keluasan kira-kira 40 hektar.

Pesawah, Abu Bakar Ismail, 52, dari Kampung Alor Berala berkata, masalah itu bermula sejak Mac lalu apabila sawah mereka mula dilimpahi air sungai berdekatan iaitu dari Sungai Pendang dan Sungai Padang Kerbau.

Katanya, sebelum ini masalah itu tidak pernah berlaku dan jika berlaku pun hanya beberapa jam sebelum air akan keluar melalui sistem saliran yang disediakan.

“Sebelum ini jika sawah teng­gelam akibat hujan lebat air akan ke luar dengan ke saliran buang tetapi kini air akan bertakung. Apa yang peliknya saliran buang air turut dinaiki air dan ini menyebabkan sawah kami dimasuki air dan tenggelam.

“Pada awalnya beberapa petani cuba guna pam bagi mengeluarkan air tetapi mereka terpaksa menghentikannya kerana arus air semakin banyak masuk ke sawah,” katanya.

Menurut Abu Bakar yang mengusahakan lima hektar sawah padi, semua sawahnya sudah ditabur dengan benih sebanyak tiga kali yang dibeli­nya, tetapi dengan limpahan air menyebabkan dia rugi hampir RM12,000.

“Saya terpaksa guna semua wang simpanan bagi membeli benih selepas tiga kali gagal dan kini kecewa masalah air melimpah masih berlarutan. Masalah ini pernah dimaklumkan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil,” katanya.

Bagi Yahya Hassan, 62, dari Kampung Sungai Mati pula, ramai petani di kawasan itu kecewa selepas benih padi mereka ditenggelami air. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN