111 jemaah terkandas tuntut ganti rugi RM3 juta, gesa polis kesan dalang 

111 jemaah terkandas tuntut ganti rugi RM3 juta, gesa polis kesan dalang 

MUHAMMAD NAZRIN MOHD. SETH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, menggesa pihak berkuasa segera mencari dalang kejadian berkenaan yang masih bebas.

Peguam, Muhammad Nazrin Mohd. Seth berkata, terdapat tiga lagi individu yang merupakan pekerja di agensi pelancongan itu yang belum ditahan dan diambil kenyataan.

Sehubungan itu, katanya, bagi menjamin keadilan buat kesemua 380 jemaah terlibat, polis perlu membuat siasatan secepat mungkin.

“Ketika ini, seramai 111 jemaah haji bersetuju membuat tuntutan sivil bernilai RM3 juta terhadap agensi pelancongan itu.

“Jumlah kerugian itu antara lain melibatkan ganti rugi emosi dan teladan yang akan difailkan ke mahkamah dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Pada 7 Julai lalu, hasrat kira-kira 380 jemaah haji untuk menunaikan rukun Islam kelima di tanah suci tidak kesampaian apabila mereka terkandas di KLIA dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Difahamkan, kesemua bakal jemaah yang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak itu gagal berlepas kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan lengkap seperti visa dan pasport.

Serentak itu, dua lelaki dan tiga wanita termasuk pemilik agensi pelancongan berkenaan di samping isterinya dan ejen ditahan dalam serbuan di beberapa lokasi di ibu negara pada 8 Julai lalu untuk membantu siasatan.

Muhammad Nazrin berkata, difahamkan, hanya lapan jemaah haji sudah menerima ganti rugi manakala sebahagian besar yang lain masih tidak mendapat apa-apa daripada agensi pelancongan itu walaupun didakwa diselesaikan secara berperingkat.

Menurutnya, kebanyakan mangsa memaklumkan gagal menghubungi ejen-ejen, malah pejabat agensi pelancongan itu turut didakwa sudah kosong

Beliau turut menggesa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) memperincikan mengenai perkembangan siasatan terhadap agensi berkenaan.

“Saya mohon penjelasan Motac sama ada perkara-perkara berkaitan sudah dijalankan atau tidak demi kepentingan jemaah.

“Saya difahamkan lebih 100 laporan polis dibuat kumpulan jemaah haji, namun ada yang masih belum dipanggil untuk direkod keterangan dan mereka menanti sebarang perkembangan daripada pihak polis,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya