Warga emas pukul jiran hingga maut direman enam hari

Warga emas pukul jiran hingga maut direman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Seorang warga emas direman enam hari bagi membantu siasatan polis berhubung tindakan memukul jirannya sehingga maut menggunakan sebatang kayu di Jalan Kelochor, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, perintah reman ke atas suspek berusia 60 tahun bermula hari ini.

“Kita reman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.

Media semalam melaporkan, seorang warga emas maut dipercayai dipukul jirannya dengan sebatang kayu selepas berlaku perselisihan faham antara mereka mengenai tanaman pokok berhampiran rumah mereka di Jalan Kelochor.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di bahagian dapur rumah oleh isterinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN