UKM olah manuskrip Melayu - Utusan Malaysia

UKM olah manuskrip Melayu

Dr. Wan Kamal Mujani (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen antara Mohammad Munzir Aminuddin (kanan) dengan Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad pada Majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian Perlesenan antara Inovasi@ KM dengan Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. di UKM, Bangi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Telekung jenama terkemuka, Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd berkolaborasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengangkat serta mengkomersialkan corak hiasan Melayu tradisional dijahit atas kain telekung.

Rekaan itu telah direka oleh penyelidik UKM dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Ts Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria berdasarkan manuskrip Melayu Purba untuk dijadikan corak yang berdaya saing selain menerapkan nilai tradisional Melayu.

“Saya berjaya menghasilkan lapan corak berdasarkan satu manuskrip dan pihak Siti Khadijah telah memilih empat daripada corak yang dihasilkan”

“Jika kita melihat manuskrip, sukar untuk kita nampak kecantikannya namun apabila ia telah diolah untuk menjadi corak bunga warisan seni, ia menjadi cantik dan berpotensi untuk dijulang ke persada nasional dan antarabangsa,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Mohammad Munzir Aminuddin dan Pengerusi UKM Technology Sdn. Bhd. Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohamad telah menandatangani perjanjian perlesenan dalam Majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian Perlesenan di Anjung Digital Smart Selangor, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat.

Usaha INOVASI@UKM pula selaku pejabat pemindahan teknologi UKM adalah bertujuan melindungi Harta Intelek, Teknologi dan Produk UKM selain mengiktiraf hasil penyelidik UKM sekali gus mempromosikan UKM bagi ruang kolaborasi dengan rakan industri.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi,Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani berkata ini merupakan usaha untuk mengetengahkan corak khazanah seni Alam Melayu.

“Semoga inisiatif ini mampu untuk memperkasakan jati diri kita sebagai Keluarga Malaysia sejajar dengan naratif watan UKM.

“Semoga corak yang dilesenkan ini menjadi satu permulaan bagi pengkomersialan dan penggunaan lebih banyak lagi corak seni warisan Alam Melayu pada masa akan datang agar tidak dilupakan oleh generasi akan datang.

“Terdapat banyak lagi corak hiasan Alam Melayu yang menarik dan mempunyai nilai tinggi untuk dikomersialkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya