Tun M protes Apandi pengerusi pasukan kaji isu Batu Puteh - Utusan Malaysia

Tun M protes Apandi pengerusi pasukan kaji isu Batu Puteh

MAHATHIR Mohamad bercakap kepada pemberita selepas hadir sesi temu bual saksi untuk jawatankuasa kecil Tort of Misfeasance di bawah pasukan petugas khas semakan undang-undang kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia mendedahkan semua perkara sebenar sekiranya Tan Sri Apandi Ali tidak mempengerusikan jawatankuasa pasukan petugas khas mengkaji isu Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca. 

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau akan berkongsi cerita sebenar dan bagi semua maklumat yang diperlukan kerana ramai yang bagi maklumat salah.

Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan, beliau tidak akan menjawab sebarang soalan selagi ada Apandi atau mana-mana pihak yang  terlibat dengan kes itu.

“Penglibatan Apandi dalam jawatankuasa ini tidak sepatutnya  kerana dia hanya layak menjadi saksi. Ini semuanya mengarut.

“Apandi perlu ditukar, saya tidak kisah sesiapa pun menjadi pengerusi tetapi seseorang itu mestilah tiada kepentingan ataupun orang baharu dan tidak berpihak kepada sesiapa pun,” katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika ditemui selepas hadir sesi temu bual saksi untuk jawatankuasa kecil Tort of Misfeasance di bawah pasukan petugas khas semakan undang-undang kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan  di Jabatan Peguam Negara di sini hari ini. 

Beliau memaklumkan, kehadirannya susulan pejabat Peguam Negara meminta beliau hadir bagi sesi inkuiri untuk membantu siasatan isu Pulau Batu Puteh. 

Penjelasan

Bagaimanapun, kata beliau, kehadiran beliau juga untuk mendapatkan penjelasan selepas tiga kali surat meminta penjelasan tidak dibalas.

“Apabila saya hadir dan mereka mengatakan Apandi masih pengerusi sedangkan dia terlibat dalam kes ini maka Apandi sepatutnya menjadi saksi.

“Saya tidak akan menjawab sebarang soalan dan jika mereka menjawab surat saya mengenai status Apandi, sudah pasti saya tidak akan datang hari ini sekiranya tahu Apandi masih pengerusi jawatankuasa itu,” katanya. 

Ditanya mengenai tuduhan Johor ke atas dirinya, beliau berkata, Sultan bebas dan ‘above the law’ maka boleh berkata apa sahaja atau pendapat atau salahkan sesiapa. 

“Dia Sultan, boleh kata apa sahaja tetapi dia bukan hakim. Saya tidak boleh jawab. 

“Apa yang saya boleh katakan, mana pergi 1,370 hektar tanah yang dijual kepada China dan hartanah di Maharani yang dijual kepada Singapura. 

“Isu ini lebih besar dari seketul batu (Pulau Batu Puteh). Jika beginilah, tiadalah Johor,” katanya.- UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya