Trafik sesak sempena cuti sekolah - Utusan Malaysia

Trafik sesak sempena cuti sekolah

TANGKAP LAYAR video dari kamera litar tertutup di Genting Sempah menunjukkan kesesakan berlaku di Lebuhraya Pantai Timur hari ini,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa lokasi sepanjang Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sesak dan perlahan susulan musim cuti sekolah bermula di beberapa negeri semalam.

Dalam satu kenyataan, ANIH Berhad berkata, antara lokasi tersebut ialah laluan sepanjang Gombak ke Genting Sempah, Genting Sempah ke Bukit Tinggi dan laluan Lentang menghala ke Bentong.

Kesesaakan berlaku di beberapa lokasi Lebuhraya Pantai Timur.
Gambar media sosial (Vikie Happy)

“Trafik sesak sebelum TP Karak berikutan pertambahan kenderaan menghala ke Pantai Timur,” kata kenyataan itu yang disiarkan dalam halaman Facebook Lebuhraya Pantai Timur.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan di halaman Facebook berkata, trafik perlahan dari arah selatan termasuk dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) menuju Nilai, kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban ke Senawang dan terus ke Pedas-Linggi, Hentian Sebelah Yong Peng ke Plaza Tol Yong Peng (U) dan Simpang Renggam ke Sedenak. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN