Tingkat promosi penerbangan Subang ke Pangkor

Tingkat promosi penerbangan Subang ke Pangkor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Pemuda Amanah Perak meminta agar usaha mempromosikan penerbangan dari Subang, Selangor ke Pulau Pangkor diperhebatkan bagi memastikan ia mendapat sambutan baik apabila perkhidmatan itu dijangka disambung semula Oktober ini.

Pengarah Komunikasinya, Mohd. Ikhmal Mohd. Iskandar berkata, ia bagi memastikan penerbangan itu yang menjimatkan masa perjalanan ke pulau peranginan itu kepada 45 minit berbanding lebih tiga jam menggunakan jalan darat, menjadi antara pilihan utama pengunjung dari Lembah Klang ke Pulau Pangkor.

“Berdasarkan tinjauan rambang (selepas kenyataan pertama dikeluarkan), ramai masyarakat di luar masih tidak mengetahui kewujudan perkhidmatan udara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya tidak mahu segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan dalam membuka semula  Lapangan Terbang Pangkor menjadi sia-sia akibat tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Beliau menjelaskan berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Manjung sebelum ini, seramai 264,000 pelancong mengunjungi Pulau Pangkor sepanjang tahun lalu berdasarkan bilangan penumpang feri dan jumlah itu terus meningkat sebaik sahaja negara dalam proses menuju fasa endemik Covid-19.

Justeru, jelasnya, apa yang menjadi persoalan Pemuda Amanah Perak ialah apakah tindakan yang telah dilakukan pihak kerajaan negeri dan syarikat SKS Airways Sdn Bhd (SKS Airways) dalam mempromosikan perkhidmatan udara tersebut memandangkan jumlah pelancong ke Pulau Pangkor sentiasa ramai.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dipetik berkata, kerajaan negeri menyerahkan kepada SKS Airways yang menawarkan perkhidmatan penerbangan membawa pelancong dari Subang, Selangor ke Pangkor untuk membuat keputusan berhubung masalah kekurangan penumpang ke pulau itu yang dialami ketika ini sehingga menyebabkan perkhidmatan itu ditangguhkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya