Tidak wajar pecat Tajuddin - Shahidan

Tidak wajar pecat Tajuddin – Shahidan

SHAHIDAN Kassim (tengah) menerima cenderahati daripada Pewaris Mutlak Silat Cekak, Dr. Md Radzi Hanafi (dua dari kiri) pada Majlis Pelancaran Self Defense Awareness (Sedar)@Jihad Dadah di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur. Yang hadir sama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (dua dari kanan) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Chan Hong Jin (kanan). - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim menyifatkan tindakan ‘pecat-memecat’ dalam kalangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO adalah sesuatu yang tidak wajar.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis itu berkata, jika pemecatan itu dilihat memecahbelahkan ummah, terserah kepada pengundi untuk memilih siapa yang patut menang pada pilihan raya umum akan datang.

“Tetapi kalau boleh, saya percaya kepada Presiden UMNO. Beliau juga akan meninggalkan sebuah legasi kerja yang menyatupadukan ummah.

“Bagi saya tidak wajar berlaku (pemecatan) di dalam UMNO. Saya sebagai orang yang pernah diberhentikan (Pengerusi UMNO Perlis) pada waktu dahulu, saya masih melihat ada ruang dan peluang untuk menyatupadukan ummah,” katanya selepas merasmikan kempen Self Defense Awareness (Sedar)@Jihad Dadah di Wangsa Walk Mall, di  sini, hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan daripada MKT UMNO.

Menurut Shahidan, beliau melihat UMNO sebagai peneraju parti politik kepada perpaduan ummah yang akan mengetuai gabungan terbesar Melayu Islam di negara ini.

“Kalau boleh saya mahukan kepada penyatuan ummah. Apabila Melayu dan Islam itu bersatu, orang bukan Melayu dan Islam akan seronok nak sokong kita,” katanya.

Menurut beliau, jalan yang paling penting adalah perpaduan dan tidak pernah perpecahan boleh menubuhkan empayar kerana tidak bertahan lama.

“Pemerintahan yang kukuh diasaskan kepada perpaduan dan kebudayaan seperti Tamadun Islam, Tamadun Cina dan India bertahan lama kerana diasaskan berdasarkan ilmu serta budaya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN