Telekung Siti Khadijah sasar buka 53 cawangan - Utusan Malaysia

Telekung Siti Khadijah sasar buka 53 cawangan

Muhammad munzir bersama kakitangannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluar produk telekung berjenama Siti Khadijah menyasarkan untuk membuka sehingga 53 cawangan pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Munzir Aminuddin berkata, sasaran tersebut ditetapkan berdasarkan unjuran peningkatan ekonomi yang positif bagi sektor perusahaan kecil dan sederhana  (PKS).

Katanya, syarikat tersebut juga dijangka menambah 10 lagi cawangan baharu pada tahun  depan sekiranya ekonomi terus berkembang dan berada di landasan tepat.

“Buat masa ini syarikat telah memiliki 40 cawangan yang terletak di pusat beli-belah dan juga di lot kedai di seluruh negara.

Muhammad Munzir menunjukkan salah satu produk keluaran syarikatnya.

“Transaksi jualan lebih didorong segmen platform fizikal di lot kedai dan juga pusat beli-belah yang menyumbang kira-kira 85 peratus daripada jualan, manakala bakinya daripada platform dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohammad Munzir berkata, butik itu akan menjadi perintis kepada konsep rekaan dalaman terbaharu untuk outlet-outlet baharu Siti Khadijah.

Mengulas lanjut katanya, berdasarkan rekod data jualan syarikat, segmen telekung yang berharga antara RM500 hingga RM700 sehelai menyumbang 70 peratus daripada keseluruhan jualan telekung.

“Pada peringkat awal, kami menjangkakan segmen telekung berharga di bawah RM200 bakal menjadi penyumbang terbesar, namun pelanggan lebih selesa membeli telekung berharga lebih mahal kerana kualiti kain dan inovasi dalam setiap koleksi tele­kung Siti Khadijah.

“Pada masa sama, sumbangan segmen telekung menyusut kepada 85 peratus meskipun hasil jualan terus merekodkan peningkatan. Ia disebabkan sumbangan daripada segmen lain seperti sejadah, baju kurung, tudung dan pakaian lelaki yang banyak me­ningkat,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.