Tangguhkan Kongres PKR jika isu semakan undi tidak selesai

Tangguhkan Kongres PKR jika isu semakan undi tidak selesai

pkr
FARHASH Wafa Salvador Rizal Mubarak mahu Kongres PKR hujung bulan ini ditangguhkan susulan kegagalan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) menyelesaikan isu undian. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kongres PKR hujung bulan ini perlu ditangguhkan sekiranya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) gagal menyelesaikan isu undian termasuk di Cabang Gombak dalam Pemilihan PKR 2022, baru-baru ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, calon Ketua Cabang Gombak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, JPP perlu menyegerakan semakan undian atau menjalankan audit forensik susulan wujud dakwaan jumlah undian yang tidak munasabah.

“Memandangkan kongres dijadualkan hujung bulan ini, JPP harus memandang serius isu ini dan disegerakan segala proses supaya tidak menjejaskan kongres.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini soal fundamental yang mana keputusan pemilihan parti ini membawa kesan besar ke atas kongres. Jika tidak dapat diselesaikan sebelum kongres, maka seadilnya ia ditunda,” katanya semalam.

Menurut Farhash Wafa Salvador, beliau belum berhasrat untuk membawa isu itu luar daripada saluran parti.

“JPP sendiri telah nyatakan mereka terima ratusan aduan dan bantahan. Ini soal ketelusan dan integriti. Kita sedang gesa ketelusan dan keadilan dipraktikkan oleh parti kita sendiri.

“Saya percaya PKR masih sebuah parti yang akan menegakkan keadilan dan perkara ini boleh dibetulkan melalui saluran parti,” katanya.

Menurutnya, hampir 2,000 anggota PKR telah mengemukakan bantahan terhadap keputusan undian di cabang tersebut.

Sementara itu, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki yang kalah dalam pemilihan Ketua Cabang Setiawangsa membuat laporan polis dengan mendakwa terdapat kertas undi yang hilang semasa pengiraan.

Beliau mendakwa, kertas undi fizikal sepatutnya berjumlag 759 tetapi hanya 528 yang muncul dalam sistem JPP.

“Terdapat perbezaan yang besar, 222 undi hilang begitu sahaja,” katanya yang turut mendakwa pengiraan undi dilakukan tanpa kehadiran calon yang bertanding.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengekalkan jawatannya apabila memperoleh 482 undi berbanding 372 undi oleh Afdlin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×