KUALA LUMPUR: Walaupun ditawarkan tambang percuma, warga kota dilihat tidak teruja untuk menaiki sistem pengangkutan awam untuk ke tempat kerja atau bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain di sekitar Lembah Klang. Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) mendapati, kesesakan hanya berlaku pada awal pagi semasa orang ramai ke tempat kerja dan keadaan kembali pulih selepas pukul 10.30 pagi. Keadaan sama…










