KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Dalam satu laporan media menyatakan yang Setiausaha Agung UMNO, Datu Seri Ahmad Maslan merakamkan penghargaan kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu atas khidmatnya sebagai ahli MKT.
“Presiden (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) melalui surat ini menamatkan pelantikan Datuk Seri sebagai ahli MKT UMNO,” katanya seperti dilapor dalam surat yang bertarikh 21 Jun 2022.
Bagaimanapun, dalam surat tersebut Ahmad dikatakan tidak menyatakan sebab Tajuddin dipecat.
Ahli Parlimen Pontian itu turut berharap agar Tajuddin akan meneruskan khidmatnya sebagai ahli parti yang komited dan merakamkan ucapan tahniah atas pelantikannya sebagai duta besar. – UTUSAN