Subsidi ayam tanda prihatin, bukan desakan pihak lain - Utusan Malaysia

Subsidi ayam tanda prihatin, bukan desakan pihak lain

AHMAD Hamzah (depan, kiri) menyiram pokok kelapa pandan sempena Program Walkabout Kelapa di Pusat Pertanian Padang Matsirat di Langkawi, hari ini. -UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Keputusan kerajaan meneruskan program subsidi ayam dibuat tanpa desakan mana-mana pihak, sebaliknya kerana kerajaan Keluarga Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat ketika ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, susulan itu pengapungan harga ayam yang sepatutnya bermula pada 1 Julai dibatalkan.

“Sebenarnya kerajaan membuat keputusan, tak payah desakan daripada mana-mana pihak tetapi kerajaan kita di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob begitu prihatin dengan rakyat.

“Kita bukan buat pusingan U, tetapi setelah kita mengkaji Perdana Menteri mendapati bahawa untuk kepentingan dan menjaga kebajikan, kita batalkan pengapungan tersebut,” katanya pada sidang akhbar Program Walkabout Kelapa di Pusat Pertanian Padang Matsirat, di sini, hari ini.

Menurut beliau, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah membuat perjumpaan dengan penternak ayam bagi mengetahui masalah yang dihadapi mereka.

Beliau turut meyakinkan pengguna bahawa bekalan ayam dalam negara kini stabil dan diyakini mencukupi sehingga Hari Raya Aidiladha pada Julai ini.

Sementara itu, beliau menyatakan Pusat Pertanian Padang Matsirat menjadi perintis dalam penggunaan teknologi Internet of Things (IoT) bagi menjadikannya ladang kelapa contoh dalam negara.

Beliau berkata, sistem pengairan di kawasan seluas 5.4 hektar dengan 720 pokok kelapa pandan itu telah dinaik taraf oleh MAFI melalui Jabatan Pertanian menggunakan teknologi tersebut.

Jelasnya, sistem pengairan itu diguna bagi tujuan pembajaan atau fertigasi dan teknologi IoT membolehkan aktiviti itu dilakukan melalui telefon bimbit dan memudahkan data mengenainya diakses.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya