SOP haji tidak membebankan - Utusan Malaysia

SOP haji tidak membebankan

JEMAAH haji Malaysia sempat bergambar dengan menara jam Mekah, Abraj Al-Bait sewaktu berada di kota Mekah - IHSAN NADIAH NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua tahun menjalani kehidupan dengan norma baharu sejak Covid-19 melanda dunia, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi terhadap bakal jemaah haji yang sudah berada di kota suci Mekah tidak lagi membebankan mereka.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Haniza Zainuddin, 42, dari Bukit Jalil, Selangor, berkata, penjagaan kesihatan adalah penting di sini kerana melibatkan jumlah orang yang ramai dari seluruh benua.

“SOP yang digalakkan adalah memakai pelitup muka sahaja sebab jemaah haji semakin ramai dari pelbagai negara.

“Kami juga digalakkan sentiasa membawa cecair pembasmi kuman bersama terutamanya apabila keluar dari tempat penginapan.

“Hari ini saya akan melakukan umrah sunat. Sekarang dalam perjalanan untuk miqat di Tana’em. Setakat ini urusan semuanya berjalan lancar Alhamdulillah,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Nadiah Noordin, 34, jemaah haji daripada Melawati, Kuala Lumpur, berkata, penjagaan kesihatan bukan sahaja melibatkan SOP melawan Covid-19, tetapi cuaca yang sangat panas turut berisiko memberi mudarat kepada jemaah.

“Setakat ini, kami semua berulang alik ke Masjidil Haram pada waktu subuh, maghrib, isyak. Sementara zuhur dan asar di masjid hotel sahaja sebab mahu pastikan semua sihat disebabkan cuaca panas di luar.

“Kami juga diberitahu, urusan haji akan bermula pada 7 atau 8 Julai ini dengan mula bergerak ke Arafah dan sudah pasti saya tidak sabar memulakannya,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN