Simpan senapang Colt M4 dalam reban ayam

Simpan senapang Colt M4 dalam reban ayam

AZMI Abu Kassim menunjukkan sebahagian rampasan senjata termasuk selaras senapang Colt M4 selepas menahan saki baki ahli kumpulan Tiger dalam sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang penjenayah dikehendaki yang maut dalam kejadian berbalas tembakan pada 18 Jun lalu menyimpan selaras senapang Colt M4 di dalam sebuah reban ayam di Kampung Tumbok, Tanjung Sepat akhirnya terbongkar.

Penemuan senjata itu susulan satu serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sebuah rumah di kampung berkenaan dan menahan seorang peniaga sayur yang juga merupakan saki baki ahli kumpulan Tiger pada 26 Jun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 11.20 malam itu, serbuan ke atas rumah berkenaan telah membawa kepada penahanan suspek berusia 35 tahun yang juga adik kepada dalang utama.

Kata beliau, hasil soal siasat ke atas suspek kemudiannya telah membawa kepada penemuan sabatang paip PVC berukuran 150 milimeter (mm).

“Pemeriksaan lanjut, kita menemukan senjata Colt M4 yang dibalut dengan plastik lutsinar selain dua kelopak yang mempunyai 69 butir peluru jenis 5.56 mm,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, kata Azmi, pihaknya tidak menolak kemungkinan kumpulan ini dipercayai terlibat dalam kes letupan bom membabitkan sebuah pusat hiburan di ibu negara pada 2014.

Dalam pada itu, mereka juga dipercayai menggunakan senjata berkenaan untuk melakukan jenayah seperti pengedaran dadah dan kes jenayah berat lain.

“Hasil serbuan yang dilaksanakan sejak 18 Jun lalu sehingga 26 Jun lalu ini, sebanyak 10 suspek telah ditahan sehingga kini bagi siasatan lanjut.

“Selain itu, sebanyak tiga pucuk pistol iaitu dua jenis CZ 75 Compact dan satu pucuk jenis Smith serta 69 peluru hidup berjaya dirampas,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Azmi, dengan tangkapan ini pihaknya percaya telan melumpuhkan jenayah yang dilakukan kumpulan ini.

“Siasatan dan risikan giat dilakukan bagi mengesan sekiranya ada saki baki kumpulam dan juga senjata api lain yang digunakan mereka,” katanya.

Pada 18 Jun lalu, polis menembak mati seorang lelaki yang dipercayai terbabit dengan kejadian samun dalam serbuan di sebuah unit kondominium di Taman Salak Selatan.

Dalam pada masa sama,  Op Tiger bagi mengesan rakan suspek telah membawa kepada penahanan tujuh lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 28 hingga 67 tahun dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.