Seleweng minyak masak berbotol punca kerajaan mansuh subsidi - Utusan Malaysia

Seleweng minyak masak berbotol punca kerajaan mansuh subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan mendapati minyak masak berbotol yang disubsidi banyak diseleweng oleh pihak industri, komersial dan aktiviti penyeludupan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, disebabkan itu kerajaan memutuskan untuk tidak lagi meneruskan subsidi minyak masak berbotol kerana matlamat awal pemberian subsidi itu adalah membantu golongan terkesan akibat pandemik Covid-19.

Bagaimanapun jelas beliau, disebabkan kegiatan itu menyebabkan program kerajaan tidak lagi mencapai matlamat sebenar.

“Program subsidi sementara untuk minyak masak berbotol ini hanyalah untuk tiga bulan sahaja dengan kos RM55 juta sebulan.

“Sewaktu pandemik Covid-19, kerajaan telah memperkenalkan program subsidi sementara untuk minyak masak berbotol bagi 1 kilogram (kg), 2 kg, 3 kg dan 5 kg pada Ogos 2021. Usaha ini bagi membantu Keluarga Malaysia yang ketika itu terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Untuk itu, subsidi minyak masak sahaja yang akan diteruskan dan kerajaan yakin, subsidi sebanyak 60,000 tan metrik sebulan adalah mencukupi untuk kegunaan semua,” katanya semasa sidang akhbar khas yang ditayangkan menerusi televisyen kerajaan hari ini.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan pemansuhan subsidi minyak masak tulen botol 2 hingga 5 kilogram (kg) bermula 1 Julai ini.

Tindakan itu diambil bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dalam jangka masa panjang dan seterusnya menstabilkan harga barangan.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, ramai yang keliru berkenaan pemansuhan subsidi minyak masak dan ia masih dikekalkan dengan jumlah sebanyak RM4 bilion untuk tahun 2022 berbanding RM500 juta pada tahun 2020 dan RM2.2 bilion pada 2021.

“Subsidi ditanggung kerajaan adalah untuk minyak masak kampit berharga RM2.50 bagi satu kg sahaja, berbanding harga pasaran sebenar RM9 bagi satu kg untuk kegunaan B40 dan telah bermula sejak 2007,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya