Selangor perlu serius tangani pencemaran - Noh

Selangor perlu serius tangani pencemaran – Noh

NOH Omar (tengah) menyerahkan sumbangan kepada bakal jemaah haji Parlimen Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kerajaan Negeri Selangor digesa lebih serius mengambil tindakan jangka masa pendek dan panjang bagi menangani pencemaran sumber air di negeri ini.

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, rakyat mahu melihat langkah munasabah dilakukan bagi mengatasi isu kekerapan gangguan bekalan air.

“Tindakan segera perlu dilakukan bagi mengelak orang ramai terus dibebani dengan masalah berkenaan.

“Isu terputus bekalan air di Selangor sudah menjadi kebiasaan dan seperti berpisah tiada biarpun berstatus negeri maju,” katanya selepas program Penyerahan Sumbangan Bakal Haji di Pejabat UMNO Bahagian Tanjong Karang di sini, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan keadaan air Sungai Langat yang berwarna putih dan berbau klorin disyaki berpunca dari sebuah kilang yang terletak di Kajang.

Khamis lalu, insiden pencemaran sungai melibatkan bau seakan diesel turut dikesan berlaku di River Monitoring Station (RMS) Seksyen 3, Bangi.

Jelas Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, isu bekalan air di Selangor seolah-olah tiada berkesudahan kerana kerap berlaku setiap tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya