Saya masih jauh dari kata sempurna - Krisdayanti

Saya masih jauh dari kata sempurna – Krisdayanti

Kris Dayanti terjun ke bidang politik sejak tahun 2019.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penyanyi, Krisdayanti, 47, memohon maaf kepada seluruh masyarakat Indonesia khususnya di beberapa buah daerah atas usahanya sebagai wakil rakyat yang disifatkan masih hijau.

Begitu pun penyanyi Republik Indonesia itu menerusi akaun Instagramnya, berkata, dia akan selalu berusaha sebaik mungkin.

“Maafkan saya kerana masih jauh dari kata sempurna. Semua yang saya lakukan dan berikan untuk masyarakat, tidak akan terlaksana dan menjadi seperti saat ini tanpa sokongan penuh daripada seluruh masyarakat yang telah mempercayakan amanahnya di bahu saya.

“Untuk itu pula saya ucapkan terima kasih banyak pada seluruh masyarakat Malang Raya yang selalu ada di samping saya mendampingi dan mengawal semua bentuk perjuangan.

“Mohon doa untuk kelancaran dalam menyelesaikan sisa tugas saya untuk beberapa tahun lagi. Semoga perjuangan ini selalu dalam keberkatan dan rahmat Allah SWT,” ujarnya.

Krisdayanti juga mengingatkan agar warga di sana tetap patuh pada prosedur operasi standard (SOP) kerana keadaan Covid-19 masih belum berakhir.

“Tetap menjaga jarak dan patuhi protokol kesihatan, kerana pandemik belum usai (selesai), belum waktunya bersantai,” katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Menghitung Hari itu berkata demikian ketika menghadiri satu mesyuarat di Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia.

Untuk rekod, Krisdayanti dilantik sebagai wakil rakyat daerah Malang Raya, Jawa Timur pada 2019 dan sehingga hari ini masih bertugas di pusat Dewan Perwakilan Rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya