Sabah ada misi tersendiri di Indonesia - Utusan Malaysia

Sabah ada misi tersendiri di Indonesia

Nazirul Naim melakukan aksi akrobatik dalam perlawanan persahabatan menentang kelab Indonesia.- Ihsan Sabah FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga perlawanan persahabatan menentang kelab bola sepak di Indonesia bukanlah bermatlamat kan kemenangan semata-mata tetapi lebih kepada pendedahan dan pengalaman.

Inilah motif utama diinginkan Datuk Ong Kim Swee selaku pengendali Sabah FC terhadap anak didiknya agar mereka memahami tugasan masing-masing.

Tegasnya, kehadiran pasukan ke Indonesia bukan untuk mencapai kejuaraan atau kemenangan sahaja tetapi pendedahan kepada semua pemain.

“Tidak kira pemain utama atau simpanan yang penting mereka faham tentang apa yang pasukan lakukan.

“Bukan individu yang menentukan kemenangan kita tetapi keseluruhan pemain yang bersama pasukan Sabah FC merupakan pemain- pemain yang penting,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya lagi, semua pemain yang dibawa akan diberikan peluang beraksi sebagai pendedahan dan pengalaman berguna.

“Kami mempunyai satu lagi perlawanan sebelum pulang ke Kota Kinabalu nanti dan saya harap apabila kita balik nanti semua pemain dapat pengalaman dan tahu apa tujuan hadir ke Indonesia untuk tiga perlawanan persahabatan,” katanya

Sabah kini dalam rangka perlawanan persahabatan Antarabangsa “Mid Season Tour” menentang Parsija Jakarta pada 5 Jun lalu sebelum tewas 1-2 menentang Bhayangkara FC, Selasa lalu.

Sang Badak akan menamatkan perlawanan persahabatan di Indonesia menentang Persikabo 1973 pada 10 Jun nanti namun dibatalkan pada saat akhir dan digantikan dengan kelab Liga 2, Persiba Balikpapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN