Rima Melati meninggal dunia

Rima Melati meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon veteran Indonesia, Rima Melati menghembuskan nafas terakhir  di Hospital Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto, Jakarta kira-kira pukul 3.14 petang waktu tempatan, semalam.

Berita duka tersebut dikongsikan menantu pelakon filem Intan Berduri itu, yang dikenali sebagai Marisa Tumbuan, menerusi satu coretan di Instastory.

Dalam pada itu, Marisa berkesempatan memohon orang ramai mendoakan ibu mertuanya selain memaafkan segala salah silap sepanjang kehidupan mendiang.

“Telah meninggal dunia dengan tenang ke pangkuan Tuhan Yang Maha Esa, ibu Rima Melati.

“Ibu mertua yang dikasihi daripada Aditya Bimasakti dan Marisa Tumbuan, pada hari ini, Khamis 23 Jun 2022 pada jam 15.14 WIB di RSPAD Jakarta Pusat.

“Mohon doa dan harap dimaafkan semua kesalahan beliau. Tuhan memberkati kita semua. Amin!” kongsinya.

Sekadar informasi, pelakon berkenaan pernah memenangi Piala Citra pelakon wanita terbaik pada tahun 1973.

Piala Citra merupakan sebuah anugerah tertinggi untuk menghargai bakat pemain seni Indonesia.

Mendiang mendirikan rumah tangga bersama Frans Tumbuan pada tahun 1973. Hasil pernikahan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya