PASIR MAS: Seorang remaja mengandung dipercayai dirogol dua lelaki dalam kejadian berasingan di rumahnya pada Februari dan Mac lalu.
Dalam kejadian pertama pada 19 Februari lalu, mangsa dirogol seorang lelaki berusia 22 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, dalam kejadian kedua di lokasi yang sama pada 28 Mac lalu, mangsa dirogol suspek berusia 17 tahun.
Menurutnya, pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang menjalankan pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah mengandung tiga bulan.
“Polis sudah mengenal pasti kedua-dua identiti suspek dan tangkapan akan dilalukan dengan kadar segera.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipelihara oleh datuk dan neneknya ketika remaja berkenaan berusia setahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Nasaruddin memberitahu, mangsa juga didapati sudah tidak bersekolah.
Katanya, disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – UTUSAN










